Majoriti Orang Asli masih belajar puasa, solat

Majoriti Orang Asli masih belajar puasa, solat

RUSYDEE Abdullah berdiri (dua dari kanan) menyantuni penduduk Orang Asli yang menyertai majlis berbuka puasa sempena Program Ihya' Ramadan dan Program Santuni Kaum Gua Musang di Masjid Buluh, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GUA MUSANG: Kira-kira 94 peratus masyarakat Orang Asli daripada lebih 3,000 penduduk di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis di sini, yang memeluk Islam masih berusaha meningkatkan pengetahuan mengenai agama Islam dan amalan berpuasa Ramadan.

Penghulu Tanpa Mukim Orang Asli Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Jumat Abak berkata, kebanyakan penduduk yang memeluk Islam di kampung itu masih mendalami ajaran Islam melalui bimbingan pendakwah serta penggerak masyarakat.

Katanya, Ramadan sentiasa dinantikan penduduk Orang Asli kerana banyak program dianjurkan termasuk iftar bersama pelbagai masyarakat kaum.

“Saya memang teruja dan gembira kerana program seperti iftar dinantikan masyarakat Orang Asli. Jika dilihat di kampung kami di RPS Kuala Betis, penduduk rapat dengan kaum lain terutama masyarakat Melayu,” katanya ketika ditemui pada Program Ihya’ Ramadan dan Program Santuni Kaum Gua Musang yang dianjurkan Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) di Masjid Buluh, di sini, semalam.

Sementara itu, Yang Dipertua MDGM, Rusydee Abdullah berkata, pada program itu seramai 200 jemputan daripada pelbagai kaum hadir untuk iftar bersama-sama.

Katanya, program yang diadakan secara tahunan itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum di daerah ini.

“Gua Musang mempunyai keunikan tersendiri apabila di daerah ini bukan hanya terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India, tetapi ada masyarakat Orang Asli,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya