Ijmal Cinta Ramadan 2.0 bukan sekadar hiburan, anjur program kebajikan dan dakwah - Utusan Malaysia

Ijmal Cinta Ramadan 2.0 bukan sekadar hiburan, anjur program kebajikan dan dakwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: HS Event & Ent Sdn Bhd sekali lagi meneruskan tradisi penganjuran program berkonsepkan dakwah dan kebajikan sempena bulan Ramadan menerusi Ijmal Cinta Ramadan 2.0, yang dijadual berlangsung pada 21 Mac depan di Saloma Kuala Lumpur.

Penganjur utama, Datin Ismariza berkata, program ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi turut mengekalkan elemen spiritual yang seiring dengan keberkatan bulan Ramadan.

Jelasnya, acara ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan penganjuran konsert Ijmal Cinta Ramadan tahun lalu, yang mendapat sambutan luar biasa. Tahun ini, program tersebut tampil lebih meriah dengan penyertaan barisan artis terkenal seperti Ramlah Ram, Noorshila Amin, Zur Eda, Man Bai, Ameng Spring, Amir Ukays, dan Zamani Slam.

“Program ini memberi peluang kepada orang ramai bukan sahaja untuk berhibur secara santai, tetapi juga beramal. Pada sebelah petang, acara akan dimulakan dengan sesi tadarus al-Quran dan tazkirah sebelum berbuka puasa secara berjemaah,” katanya.

Selain itu, penganjur bersama, Mubarak Akhtar berkata,  program tersebut turut memberi ruang kepada hadirin untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak, dan tarawih secara berjemaah sebelum disusuli dengan persembahan hiburan yang berkonsepkan ketuhanan.

Sebagai inisiatif kebajikan, penganjur turut menyantuni anak-anak yatim menerusi pemberian sumbangan dan duit raya. Selain itu, sebanyak 10 anak seni yang berdepan kesulitan, sama ada dari segi kesihatan atau kewangan, turut menerima bantuan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa mereka dalam industri.

Mubarak Akhtar turut menzahirkan penghargaan kepada barisan artis yang sudi menjayakan program ini, sambil menyatakan bahawa kehadiran mereka mampu menarik lebih ramai peminat untuk turut serta dalam acara bermakna ini.

“Kesemua artis yang terlibat mempunyai pengaruh besar dalam industri dan kesudian mereka menyertai program ini sangat kami hargai. Kami yakin acara ini bukan sahaja akan menghiburkan, tetapi juga menyatukan masyarakat menerusi aktiviti yang penuh nilai murni,” katanya.

Dengan konsep yang menggabungkan elemen hiburan, keagamaan, dan kebajikan, Ijmal Cinta Ramadan 2.0 dijangka menjadi antara acara istimewa yang memeriahkan Ramadan tahun ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya