Ibu Zayn Rayyan seolah tiada perasaan semasa rakaman keterangan polis

Ibu Zayn Rayyan seolah tiada perasaan semasa rakaman keterangan polis

ZAIM Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pegawai penyiasat kes kanak-kanak hilang, Zayn Rayyan Abdul Matiin hari ini menunjukkan reaksi ‘kosong’ ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya itu.

Saksi pendakwaan keempat, Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin, 33, membuat demonstrasi tersebut ketika dipanggil semula untuk disoal balas oleh peguam bela, Haresh Mahadevan.

Haresh: Tempoh hari ada beritahu mahkamah berkaitan wajah Ismanira adalah “wajah kosong”, boleh tunjuk kepada mahkamah wajah kosong itu macam mana?

Nina Syamimi: (menunjukkan reaksi muka wajah kosong.)

Haresh: Inspektor sedar atau tidak, wajah inspektor semasa beri keterangan dan wajah inspektor semasa membuat demonstrasi adalah sama?

Nina Syamimi: Tidak.

Haresh: Setuju jika saya cadangkan reaksi seseorang pada satu senario ataupun satu keadaan adalah berbeza untuk setiap individu?

Saksi: Setuju.

Pada prosiding terdahulu, Nina Syamimi ada memberitahu Ismanira seperti tiada perasan semasa rakaman percakapan berhubung kehilangan anaknya direkodkan di kawasan berhampiran Blok R, Apartment Idaman.

Menurut Nina, wanita terbabit juga tidak menjawab beberapa soalan yang dikemukakan selain gagal memberi sebarang reaksi sepanjang pertanyaan diajukan terhadapnya.

“Semasa rakaman percakapan diambil, saya ada tanyakan beberapa soalan kepada pengadu (Ismanira), namun dia tidak menjawab pertanyaan saya. Keadaan pengadu ketika itu seperti kosong seolah tiada perasaan,” kata saksi itu semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz.

Prosiding perbicaraan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh memasuki hari ke-12 dan akan bersambung lagi esok.

Pada 13 Jun 2024, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira didakwa dan mengaku tidak bersalah mengabaikan anak mereka.

Mengikut pertuduhan, sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun, pasangan tersebut didakwa bersama-sama mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya