Ibu empat anak reda hilang harta akibat banjir

Ibu empat anak reda hilang harta akibat banjir

Nor memangku anak bongsunya dan anak lelakinya ketika ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  Seorang ibu empat anak, Nor Ahmad, 44, hanya mampu pasrah selepas rumahnya musnah akibat banjir, mengakibatkan kehilangan pelbagai barangan rumah, kelengkapan katering, serta pakaian raya anak-anaknya.

Pengusaha katering itu berkata, dia tidak mampu membeli pakaian baharu untuk anak-anaknya kerana perlu mengutamakan keperluan lain yang lebih mendesak.

“Saya sudah belanja lebih RM1,000 untuk baju raya mereka. Kalau semuanya rosak atau hilang, saya hanya mampu pakaikan apa yang masih ada,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya, hari ini.

Lebih merunsingkan, katanya, kelengkapan persekolahan anak-anak yang baru dibeli turut musnah, menyebabkan dia buntu mencari jalan penyelesaian.

“Kami kehilangan pelbagai barangan termasuk perabot, barangan elektrik, serta perkakasan katering seperti peti ais, tong gas, dan pinggan mangkuk. Hampir semuanya hanyut dibawa arus,” katanya.

Menurut Nor, air naik secara mendadak sekitar pukul 7 pagi, menyebabkan dia tidak sempat menyelamatkan banyak barang.

“Keadaan dalam rumah seperti dilanda gempa bumi. Saya panik, kelam-kabut, dan tak sempat selamatkan banyak barang. Banyak yang hanyut, tilam dan almari pun sudah tidak boleh digunakan lagi,” katanya.

Baginya, sambutan Aidilfitri tahun ini tidak lagi menjadi keutamaan. Sebaliknya, dia hanya berharap dapat membina semula kehidupan selepas bencana ini.

“Peralatan seperti dapur memasak, pinggan mangkuk, semuanya hanyut. Tilam, almari, habis rosak. Boleh kata total lost banjir kali ini, saya dah tak fikir pasal raya,” katanya.

Dia hanya sempat menyelamatkan dokumen penting seperti kad pengenalan dan sijil kelahiran, selain menyifatkan banjir kali ini sebagai yang terburuk pernah melanda kampungnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya