Hwasa nafi bercinta dengan lelaki lebih berusia - Utusan Malaysia

Hwasa nafi bercinta dengan lelaki lebih berusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Penyanyi, Hwasa, menafikan khabar angin yang mengaitkannya dengan seorang usahawan berusia 40 an.

Ketika menjadi tetamu rancangan Youtube Naraesik, komposer dan penyanyi berusia 29 tahun itu mendedahkan dia masih solo dan tidak menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.

“Bukankah kita bertiga solo sekarang ini?” kata Hwa Sa yang merujuk kepada dirinya, hos rancangan itu, Park Na Rae dan seorang lagi tetamu, Han Hye Jin.

Khabar angin tersebut mula tersebar bermula Jun tahun lepas apabila penyanyi lagu Maria itu dikatakan sudah lima tahun intim dengan lelaki yang 12 tahun lebih berusia daripadanya.

Pengakuan bekas ahli kumpulan Mamamoo dalam rancangan bual bicara di Youtube itu telah menamatkan spekulasi berkenaan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya