Hujan lebat hingga khemah di Jalan TAR rosak

Hujan lebat hingga khemah di Jalan TAR rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Operasi perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini terpaksa dihentikan sementara waktu susulan hujan lebat dan ribut petir petang tadi.

Cuaca buruk tersebut menyebabkan beberapa khemah menimpa gerai menyebabkan barangan dan peralatan perniagaan rosak.

Menerusi beberapa video tular yang dikongsikan orang ramai di media sosial, peniaga terpaksa menghentikan operasi perniagaan ekoran hujan lebat dan angin kencang pukul 3 petang.

Ada peniaga yang terpaksa melakukan kerja-kerja pembaikan khemah selain mengalihkan barangan jualan bagi mengelakkan kerugian lebih besar.

Bukan sahaja pakaian raya, malah peniaga makanan dan minuman turut terkesan dengan cuaca buruk tersebut.

Difahamkan, terdapat beberapa peniaga yang mendakwa susun atur khemah yang tidak bersesuaian penyebab kepada kerosakan itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya