Hotel Seri Malaysia tawar 1,900 bilik sempena Aidilfitri

Hotel Seri Malaysia tawar 1,900 bilik sempena Aidilfitri

ZAHARUDIN Othman (kanan) menyantuni anak yatim pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Seremban.UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Rangkaian Hotel Seri Malaysia (RHSM) bersiap sedia menyambut para perantau yang pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.

 

Pengerusi RHSM Sdn. Bhd., Dr. Zaharudin Othman berkata, sebanyak 1,900 bilik di 20 cawangan di seluruh negara ditawarkan bagi memenuhi keperluan penginapan.

 

Katanya, pihaknya sedar terdapat dalam kalangan orang ramai yang memilih untuk tinggal di hotel semasa hari raya atas sebab tertentu.

 

“Mungkin ada yang memilih hotel kerana keluarga besar atau mahu lebih keselesaan. Justeru, kami meneruskan operasi seperti biasa dengan bufet raya dan perkhidmatan lain,” katanya selepas Majlis Iftar Seloka Rasa Seri Malaysia semalam.

 

Beliau turut memaklumkan, masih terdapat kekosongan bilik walaupun sudah menerima tempahan.

 

Pada majlis itu, seramai 30 anak yatim dari tiga sekolah kebangsaan turut diraikan sebagai sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR) RHSM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya