Hina Hindu: MCMC kemuka kertas siasatan esok

Hina Hindu: MCMC kemuka kertas siasatan esok kepada Timbalan Pendakwa Raya

era
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan terhadap tiga penyampai Radio Era atas dakwaan menghina agama lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengemukakan kertas siasatan kepada
Timbalan Pendakwa Raya esok berhubung satu video mempersendakan agama Hindu yang dimuat naik ke akaun TikTok milik sebuah stesen radio.

MCMC berkata, susulan kes tersebut, MCMC telah memanggil pengurusan tertinggi Astro semalam.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan selepas pindaan akta.

“Rakaman percakapan pihak terlibat dibuat bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Jelas MCMC, Notis Niat bagi Penggantungan Lesen turut diserahkan kepada pemegang lesen yang mengendalikan stesen radio ERA FM.

“Pemegang lesen diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan maklum balas sebelum sebarang keputusan diambil,” katanya.

Hari ini, penyampai 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Radin Amir dan Azad Jasmin selesai memberi keterangan selama lebih dua jam di Bukit Aman berhubung dakwaan mempersenda upacara agama Hindu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya