Hina agama: Zamri Vinoth direman dua hari

Hina agama: Zamri Vinoth direman dua hari

ZAMRI VINOTH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Zamri Vinoth direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan kes menghina agama dan menggugat ketenteraman awam melalui satu hantaran yang dimuat baik di Facebook.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd. Nor di Mahkamah Kangar kira-kira 9.30 pagi tadi. 

“Suspek kini direman dua hari bermula hari ini sehingga esok. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Media semalam melaporkan lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pada 3.30 petang di Kangar, Perlis.

Razarudin dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang penganggur berusia 62 tahun pada 6.30 petang kelmarin. 

“Pengadu mendakwa terbaca satu komen di media sosial atas nama Zamri Vinoth mengenaihasil rundingan berkenaan penempatan semula tapak sebuah kuil Jalan Munshi Abdullah  yang berunsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu.

“Dalam tangkapan itu pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo bagi membantu siasatan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya