Harimau kumbang masuk perangkap di Kampung Tumang

Harimau kumbang masuk perangkap di Kampung Tumang

SEEKOR harimau kumbang yang berjaya ditangkap di Kampung Tumang, Johol, Kuala Pilah pagi tadi.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA PILAH: Seekor harimau kumbang jantan berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Tumang, Johol, di sini pada pukul 7.40 pagi tadi.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, haiwan seberat 47.5 kilogram itu merupakan harimau kumbang pertama yang memasuki perangkap pada tahun ini.

Menurutnya, perangkap yang digunakan pihaknya adalah perangkap untuk harimau belang selepas tiga perangkap harimau kumbang yang digunakan di kawasan tersebut serta berhampiran dalam tempoh setahun gagal menangkap harimau kumbang tersebut.

“Rekod dari kamera perangkap yang pernah dipasang di sekitar perangkap yang dipasang sebelum ini mendapati harimau kumbang tersebut cuba memasuki perangkap yang mempunyai umpan kambing tetapi tidak berjaya kerana bersaiz besar.

“Sehubungan itu kami membuat keputusan memasang perangkap harimau belang bagi memerangkap harimau kumbang tersebut,” katanya di sini hari ini

Menurutnya, pasukannya telah sampai ke lokasi kira-kira pukul 9 pagi tadi dan mendapati harimau kumbang tersebut luka di bahagian muka.

“Doktor veterinar mengesahkan bahawa harimau kumbang tersebut tercedera di bahagian muka dan leher.

“Harimau kumbang ini akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak untuk rawatan lanjut sebelum pelepasan dibuat,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya