Harga Ubat: Jadual 7 Akta 586 Disemak Semula

Harga Ubat: Jadual 7 Akta 586 Disemak Semula

Dr. Dzulkefly Ahmad -JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyemak semula Jadual 7 di bawah Akta 586, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta bagi memastikan ketelusan dalam paparan harga ubat di fasiliti kesihatan swasta mulai 1 Mei ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, satu Memorandum Jemaah Menteri berkaitan perkara itu akan dibentangkan pada April 2025.

“Semakan semula ini bertujuan memastikan harga ubat yang ditawarkan di hospital dan klinik swasta lebih telus serta memudahkan pengguna membuat pilihan berdasarkan maklumat yang jelas.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk memastikan mekanisme kawal selia ini dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kepentingan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata langkah ini juga seiring dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan akses kepada rawatan berkualiti pada harga yang berpatutan di sektor kesihatan swasta.

“Kita harap dengan semakan ini, pihak-pihak kesihatan swasta boleh bersama-sama berusaha untuk bersedia dengan paparan harga ubat pada 1 Mei nanti,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya