Haramkan vape untuk selamatkan nyawa datang- CAP

Haramkan vape untuk selamatkan nyawa generasi akan datang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut apabila membaca kenyataan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh yang berkata 20,000 murid sekolah dikesan terbabit dalam aktiviti penggunaan rokok elektronik dan vape sepanjang tahun lalu.

CAP sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam mendidik murid dan belia dalam perkara mengenai bahaya rokok, vape dan rokok elektronik percaya angka yang disebut oleh timbalan menteri itu tidak tepat.

CAP percaya mungkin lebih ramai murid sekolah rendah dan menengah dikesan terbabit dengan aktiviti penggunaan vape.

Dalam ceramah kami bersama dengan murid-murid sekolah, apabila ditanya mereka berkata mereka menghisap vape.

Mereka bukan sahaja membelinya tetapi murid- murid ini mendapat vape daripada bapa dan abang di rumah sendiri.

Ini kerana pengunaan vape dan rokok elektronik adalah menjadi perkara biasa di kebanyakan rumah di Malaysia.

Penggunaan Vape tidak lagi menjadi satu perkara yang diharamkan di rumah.

Menurut Timbalan Menteri itu, seramai 3,704 murid dikesan terjerumus dalam kegiatan merokok.

CAP percaya ini adalah betul, disebabkan kebanyakan belia- belia pun tidak suka menghisap rokok.

Murid-murid dan belia lelaki dan wanita sukakan vape kerana pembungkusannya yang berwarna-warni dan penjenamaan produk yang didatangkan dalam pelbagai perisa juga menjadikan produk itu menarik minat murid-murid dan kanak-kanak dan wanita muda.

Kira-kira lima tahun lalu tidak banyak kedai menjual peralatan Vape atau perisa buah-buahan yang mengandungi nikotin yang dijual tetapi sekarang semua tempat ada kedai vape.

Sesiapa pun boleh membelinya.

CAP mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan berhenti mengeluarkan lesen untuk kedai vape baharu dan berkemungkinan berhenti bagi memperbaharui lesen yang sedia ada.

Sepatutnya tiada lagi kedai yang menjual vape berhampiran sekolah atau kawasan komuniti.

Gerai di tepi jalan yang menjual produk itu juga mestilsh dialihkan.

Kenakan hukuman yang lebih tegas kepada peruncit yang didapati menjual peranti vape atau dadah dalam perisa vape kepada kanak-kanak atau murid sekolah.

CAP sekali lagi menggesa Kementerian Kesihatan supaya haramkan vape untuk selamatkan nyawa anak-anak Malaysia agar tidak ada lagi wabak vape. – UTUSAN

N.V.Subbarow
Pegawai Pendidikan dan aktivis Anti Merokok Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN