Hanya penyanyi lelaki sahaja boleh buat persembahan - Utusan Malaysia

Hanya penyanyi lelaki sahaja boleh buat persembahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event Management, Faizul Yusoff berkata hanya penyanyi lelaki sahaja dibenarkan membuat persembahan sepanjang Selangor Havoc Raya Fest 2025, kali ini. 

Menurutnya, keputusan itu diambil sesuai dengan hala tuju festival yang bakal menampilkan aktiviti kerohanian sepanjang ia berlangsung selama 108 jam.

“Kali ini kita beralih kepada kerohanian. Kita masih adakan konsert tapi berbentuk qasidah dengan solat terawih dan qiamulail. 

“Hiburan masih ada tapi tidak sama seperti dahulu. Kita hanya bawakan artis lelaki sahaja untuk bernyanyi. Penyanyi perempuan kita tidak benarkan,” katanya. 

Faizul ditemui Utusan Malaysia di sidang media Festival Raya Selangor Havoc 2025 di Setia City Convention Center baru-baru ini.

Penganjuran tahun ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang luar biasa dengan lebih 180 booth daripada pelbagai usahawan tempatan, menawarkan pelbagai produk berkaitan persiapan raya dan makanan.

Dalam pada itu, Selangor Havoc Raya Fest 2025 juga mencatat sejarah tersendiri dengan pelancaran muzik video rasmi ‘Havoc Raya’, iaitu lagu raya pertama dalam tempoh enam tahun penganjuran Havoc Festival. 

Lagu ini menampilkan Black Hanifah sebagai penyanyi utama, diiringi oleh barisan artis seperti Asfan Shah, Talam, Epol, Shafiq Nizam, Syura Badron, Mira Kuku, Daud Latah, Qistina, Afif Hanif, Shajiry, dan Azza Elite.

Muzik video ini dijangka menjadi salah satu tarikan utama festival dan menambah kemeriahan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Selangor Havoc Raya Fest 2025 bakal berlangsung pada 21 hingga 25 Mac 2025 di Setia City Convention Centre (SCCC). -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya