Hanya Allah sahaja dapat membalas budi baik ini - Sarimah Ahmad - Utusan Malaysia

Hanya Allah sahaja dapat membalas budi baik ini – Sarimah Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seniwati tersohor, Datuk Sarimah Ahmad kini menarik nafas legas apabila memiliki semula empat pita asal filem terbitannya selepas 37 tahun berhempas pulas membuat tuntutan berkenaan.

Pelakon berusia 83 tahun menyuarakan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghulurkan bantuan bagi mendapatkan semula pita filem berkenaan.

“Terima kasih kepada kerajaan Madani, khususnya kepada Perdana Menteri.

“Hanya Allah sahaja dapat membalas budi baik ini,” katanya ketika menerima lawatan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching sempena majlis Ziarah Seni Masani Finas di kediamannya, baru-baru ini.

Pelakon bertarah legenda itu, pada Februari tahun lepas mendedahkan tindakan seorang penerbit tidak bertanggungjawab yang melarikan empat pita asal yang disimpan Sarimah sejak 36 tahun lalu.

Empat pita itu membabitkan filem Kabus Tengahari, Detik 12 Malam, Dia Ibuku dan Jejak Bertapak.

Sementara itu, Nie Ching memaklumkan kesemua pita itu akan dikembalikan kepada Sarimah dalam masa terdekat.

Selain itu, pihaknya akan mempertimbangkan pemberian royalti bagi hasil lakonan seniwati tersebut.

“Kami akan mengkaji perkara ini secara prinsipnya, syarikat tersebut bersetuju bahawa sekiranya filem ini dapat ditayangkan di RTM, sedikit royalti akan diberikan kepada Sarimah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya