Hans Isaac umum letak jawatan Pengerusi PSM

Hans Isaac umum letak jawatan Pengerusi PSM

HANS ISAAC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac mengumumkan peletakan jawatan hari ini.

Beliau mengumumkan tidak lagi memegang jawatan tersebut menerusi platform Instagram dan merakamkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kerana memberi peluang kepada beliau menerajui PSM.

“Setelah dua tahun (20 Mac 2025) memegang jawatan Pengerusi PSM, saya ingin berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan juga Timbalan Menteri, saudara Adam Adli Abd. Halim untuk peluang yang diberikan pada saya.

“Tidak lupa juga pada Ahli PSM, pencapaian ini merupakan hasil kerjasama semua pihak,” katanya.

Hans dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Illyas Jamil dan barisan tenaga kerja agensi berkenaan.

Beliau turut memaklumkan, ia masa yang tepat buat beliau menerima cabaran baharu dan akan mengumumkan pada masa yang sesuai.

“Dengan 20 hasil dan cerita kejayaan dalam tempoh dua tahun di bawah pimpinan saya, saya gembira untuk mengatakan barisan ahli lembaga sudah memberikan yang terbaik untuk PSM dan semua pencapaian yang dilakar.

“Sudah tiba masa untuk saya menerima cabaran baharu di mana harapnya ia akan diumumkan pada masa yang sesuai,” katanya.

Sejak memegang jawatan sebagai Pengerusi PSM, beliau berjaya memastikan entiti itu memperoleh pendapatan tertinggi sebanyak RM10.64 juta pada 2024.

Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur menyumbang RM1.8 juta yang mana pendapatan itu dijana menerusi aktiviti bukan sukan seperti penganjuran konsert. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN