Hael dengan Nadeera ‘dikenen-kenenkan’ - Utusan Malaysia

Hael dengan Nadeera ‘dikenen-kenenkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK lagu Bukan Lagi Kita begitu dahsyat mencipta fenomena tersendiri di hati para peminat, Cik Bunga turut tidak sangka ada yang begitu memuja pasangan penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini dan Nadeera. 

Bukan setakat suka sebagai SEJAK lagu Bukan Lagi Kita begitu dahsyat mencipta fenomena tersendiri di hati para peminat, Cik Bunga turut tidak sangka ada yang begitu memuja pasangan penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini dan Nadeera. 

Bukan setakat suka sebagai penyanyi. Tetapi ada yang sampai tahap sengaja nak usik atau ‘kenen-kenenkan’ Hael bercinta dengan Nadeera! Amboi, bukan main suka lagi awak semua ya.

Mentang-mentanglah Hael pun pernah katakan yang dia selesa dan suka bekerjasama dengan Nadeera dan dia juga sudah ambil penyanyi wanita itu bernaung di bawah anak syarikatnya, Huge Entertainment.

Namun itu bukanlah bermakna anda sesuka hati sahaja hendak kenen-kenenkan dia bercinta dengan Nadeera. 

Perkara ini pun pernah sahaja rakan Cik Bunga tanyakan pada Hael sendiri. Tentang bagaimana penerimaannya andai ada yang nak usik dia bersama Nadeera. Hael hanya tergelak. Sebab dia tahu, hubungannya dengan Nadeera sekadar kawan. Tak mungkinlah boleh

lebih daripada itu. Tetapi dia okey sahaja dengan usikan manja warganet itu sebab bukannya sesuatu yang melampau. 

Tetapi, itulah, warganet ini kadangkala suka ya usik-mengusik begitu. Pantang ada artis yang kelihatan serasi bersama, terus ada yang hendak cop bercintalah, teman tapi mesralah. 

Tetapi kalau itu benda baik, Cik Bunga sokong sahaja. Namun, itulah yang dikatakan jodoh. Semua itu urusan Tuhan. Kita kalau suka, doakan yang baik-baik.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya