Hadkan jawatan Perdana Menteri percepat pembangunan negara

Hadkan jawatan Perdana Menteri percepat pembangunan negara

Tol percuma
AHMAD Maslan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak mempunyai sebarang halangan terhadap cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, secara peribadi beliau melihat cadangan itu sebagai langkah yang baik dan yakin semua 18 parti dalam Kerajaan Perpaduan sepatutnya menyokong usaha tersebut.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa perbincangan lanjut perlu diteruskan dalam kalangan parti kerajaan sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.

“Saya percaya jika tempoh jawatan Perdana Menteri dihadkan kepada dua penggal, kemajuan negara akan menjadi lebih pantas. Jika seseorang memegang jawatan terlalu lama, dia mungkin kurang bersemangat kerana merasakan masih mempunyai banyak masa,” katanya ditemui sewaktu melawat tapak pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi, hari ini.

Beliau turut membandingkan sistem di Amerika Syarikat, di mana Presiden hanya dibenarkan berkhidmat selama dua penggal. Tempoh itu, katanya, memaksa pemimpin bekerja lebih cekap untuk menyelesaikan agenda pentadbiran dalam jangka masa yang singkat.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan persetujuan terhadap cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun atau dua penggal, bagaimanapun, ia memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang hanya boleh dilakukan dengan sokongan dua pertiga ahli Parlimen di Dewan Rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya