Guru KAFA, imam turut dapat 'duit raya' RM250 - Utusan Malaysia

Guru KAFA, imam turut dapat ‘duit raya’ RM250

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kerajaan memperluas Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM250 kepada kira-kira 70,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), imam, siak, takmir, noja dan marbut.

Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Terengganu yang dihadiri kira-kira 1,500 orang di Masjid Sultan Ahmad di sini, hari ini.

Beliau berkata, sumbangan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM17 juta  bagi menghargai sumbangan besar golongan itu.

“Sumbangan ini akan disalurkan mulai minggu depan,” katanya.

Terdahulu, kerajaan dilapor menyalurkan BKK Aidilfitri berjumlah RM500 mulai minggu depan kepada penjawat awam Gred 15 dan ke bawah  manakala untuk pesara berjumlah RM250 termasuk veteran dan veteran tidak berpencen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya