Guru ditahan, disyaki pukul, tarik rambut murid

Guru ditahan, disyaki pukul, tarik rambut murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang guru sebuah sekolah di Alor Gajah di sini ditahan polis selepas disyaki memukul dengan menggunakan buku dan menarik rambut seorang murid perempuan berusia 10 tahun. 

Ekoran kejadian itu, murid berkenaan mengalami trauma sehingga tidak dapat mengawal emosinya, menyebabkan dia terpaksa dirujuk ke Jabatan Psikiatri Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku pada 14 Mac lalu selepas ibu mangsa yang berusia 34 tahun membuat laporan ekoran anak perempuannya mengadu takut untuk ke sekolah kerana bimbang dikasari guru terbabit yang berusia 44 tahun.

“Pengadu telah membuat laporan polis ekoran anaknya telah mengalami tekanan emosi sehingga terpaksa dirujuk ke Jabatan Psikiatri Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Guru berkenaan telah ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis (IPK) Melaka ketika dipanggil untuk memberi keterangan,” kata sumber itu.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berkaitan kejadian itu.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dikemukakan hari ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya