Guna duit syiling beli barang kemas untuk Aidilfitri

Guna duit syiling beli barang kemas untuk Aidilfitri

KAKITANGAN MZ Gold Sdn.Bhd giat mengira duit syiling yang digunakan untuk membeli barang kemas di Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penduduk di negeri ini sanggup menggunakan wang syiling yang dikumpul bagi membeli barang kemas untuk digayakan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri meskipun harga emas melambung ketika ini.

Pegawai Sumber Manusia MZ Gold Sdn. Bhd Nur Akmal Ahmad Tajuddin berkata, walaupun kerja-kerja mengira wang syiling dalam nilai ribuan ringgit agak merumitkan dan memenatkan namun semua itu hilang selepas melihat keterujaan pelanggan membeli barang kemas.

“Keterujaan itu menjadi pembakar semangat dan pihak kami sedia menerima jika akan pelanggan mahu menggunakan wang syiling untuk membeli barang kemas di sini.

“Setakat ini kami telah menerima dua pelanggan yang membeli emas menggunakan duit syiling. Pelanggan pertama berusia 17 tahun dari Gua Musang dan kedua wanita berusia 30-an membawa wang syiling hasil tabungan berjumlah RM3,000 untuk membeli rantai tangan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Nur Akmal berkata, walaupun harga emas semasa hampir mencecah RM500 bagi 1 gram namun ia tidak menggugat semangat rakyat Kelantan untuk membeli emas.

Katanya, pembelian emas yang sudah sebati membuatkan rakyat tidak berkira dalam soal harga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya