Guan Eng nafi tarik 'brek tangan' pemilihan DAP

Guan Eng nafi tarik ‘brek tangan’ pemilihan DAP

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menolak dakwaan menarik diri daripada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung esok. 

Guan Eng berkata, laporan berita yang disebarkan itu adalah tidak berasas dan palsu. 

“Saya benar-benar tidak tahu dari mana datangnya begitu banyak berita dan laporan palsu yang direka-reka.

“Namun, Guan Eng sama sekali tidak akan menarik diri daripada bertanding. Keputusan mengenai kedudukan saya ditentukan oleh ahli-ahli DAP.

“Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan atas keprihatinan anda. Kita jumpa di perhimpunan!,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Seramai 4,203 perwakilan mewakili 1,650 cawangan layak mengundi pada pemilihan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC), esok.

Perwakilan akan 70 calon yang bertanding untuk mengisi 31 tempat dalam CEC bagi penggal 2025 – 2028.

Selepas itu 30 ahli CEC yang terpilih akan bersidang sesama sendiri bagi menentukan pucuk pimpinan parti, termasuk jawatan setiausaha agung.

Selain Guan Eng, antara nama bertanding Anthony Loke Siew Fook, Nga Kor Ming, Chow Kon Yeow, Steven Sim, Lim Hui Ying, Ramkarpal Singh dan Gobind Singh Deo.

Malah, beberapa pemimpin wanita Dap turut mengambil peluang iaitu antaranya Hannah Yeoh, Kasthuri Patto, Vivian Wong, Teresa Kok, Teo Nie Ching, Yeo Bee Yin dan Young Syefura Othman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya