Garis panduan soket dalam bas ekspres sedang dibangunkan

Garis panduan soket dalam bas ekspres sedang dibangunkan

ANTHONY Loke Siew Fook (dua dari kanan) bercakap dalam sidang akhbar selepas meninjau Operasi Khas JPJ di Stesen Penguat Kuasa JPJ Semenyih, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Polisi dan garis panduan baharu berhubung penggunaan soket elektrik tiga pin serta pengecas mudah alih USB dalam bas ekspres masih di peringkat pembangunan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini larangan penggunaannya masih berkuat kuasa sehingga garis panduan baharu dimuktamadkan.

Menurutnya, kementerian sedang bekerjasama dengan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi memastikan aspek keselamatan dipatuhi sebelum membenarkan penggunaannya semula.

“Ia masih tidak dibenarkan kerana kita sedang membangunkan garis panduan baharu.

“Kami perlu bekerjasama dengan SIRIM serta Suruhanjaya Tenaga bagi memastikan keselamatan sistem pendawaian sebelum larangan ini boleh ditamatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau Operasi Khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Stesen Penguat Kuasa JPJ Semenyih di sini, hari ini.

Terdahulu, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dilaporkan menguatkuasakan larangan penggunaan soket elektrik tiga pin dan pengecas mudah alih USB dalam bas ekspres, susulan insiden seorang remaja maut akibat renjatan elektrik yang berpunca daripada pendawaian tidak teratur.

Dalam perkembangan lain, Anthony memaklumkan, penggunaan kamera badan untuk anggota JPJ masih di peringkat perolehan dan pihaknya berharap dapat melaksanakan proses tersebut secara bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“PDRM sudah membuat perolehan kamera badan, jadi kita sedang berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai kaedah terbaik untuk menjalankan proses ini secara bersama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya