Gandingan mantap Fadlan Hazim, Nadia Brian dalam Bila Takdir Melarang Cinta - Utusan Malaysia

Gandingan mantap Fadlan Hazim, Nadia Brian dalam Bila Takdir Melarang Cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fadlan Hazim menyifatkan watak Rayyan yang dilakonkannya menerusi drama ini sebagai karakter yang berlainan berbanding yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

Pelakon berumur 33 tahun itu berkata, tambah mencabar apabila Rayyan, yang berdepan konflik keluarga terpaksa menentang keluarga sendiri kerana enggan mengulangi jenayah yang sekian lama dilakukan bapanya.

“Rayyan, yang merupakan anak kepada ketua mafia, berpegang teguh kepada prinsip untuk tidak mengikut jejak langkah bapanya.

“Dia tidak mahu melakukan jenayah, walaupun dia bakal berdepan risiko kerana menentang bapanya sendiri,” kata Fadlan dalam kenyataan.

Drama arahan Shuhaimi Zulkefli itu turut menampilkan Nadia Brian, Afiq Muiz, Eddy Syahir, Datuk Eizlan Yusof dan ramai lagi.

Nadia, yang melakonkan watak Hawa dalam drama tersebut berharap penonton dapat ‘menangkap’ mesej yang ingin disampaikannya menerusi watak itu.

“Saya harap penonton wanita dapat memahami isi hati Hawa setelah dia berkorban dengan mengubah hidupnya demi keluarga,” katanya.

Pengurus Besar iQIYI Malaysia dan Singapura, Jony Deng pula menjanjikan penceritaan yang tidak stereotaip menerusi drama itu.

Kata Jony, selain barisan pelakon hebat, Bila Takdir Melarang Cinta dikuatkan dengan jalan cerita menghiburkan dan diluar kotak.

“Drama ini penuh aksi, emosi dan dilema yang pasti membuatkan penonton teruja.

“Plot cerita ini mendebarkan, barisan pelakon juga mantap. Saya yakin drama ini akan disukai ramai,” kata Jony dalam kenyataan.

Bila Takdir Melarang Cinta mengisahkan perebutan kuasa membabitkan dua kartel jenayah, keluarga Salim dan Borhan. Ia mula ditayangkan dalam platform iQIYI pada 14 Februari lepas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya