Galakkan penubuhan kampus satelit institusi TVET China

Galakkan penubuhan kampus satelit institusi TVET China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Malaysia-China Institute (MCI) merupakan inisiatif strategik yang mencerminkan keakraban hubungan diplomatik Malaysia dan China yang telah bertahan selama 50 tahun dan penubuhannya dapat ubah landskap TVET negara

MCI telah diumumkan penubuhannya oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 11 September 2023 merupakan satu “game-changer” yang akan mengubah landskap pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Malaysia.

MCI yang dipengerusikan Manndzri Nasib menyaksikan pelaksanaan Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) dengan penghantaran seramai 2,576 orang bakat TVET tempatan menjalani latihan jangka masa pendek dan panjang di Institusi TVET China yang diselaraskan bersama oleh Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia mahir) dan Tang International Education Group China.

Untuk ke hadapan yang memberi impak lebih besar dan manfaat untuk bakat muda TVET negara, galakan penubuhan kampus satelit institusi TVET daripada China di Malaysia dilihat sebagai langkah proaktif yang mampu memberi manfaat besar kepada ekosistem TVET negara.

Tiga aspek yang perlu diberi perhatian adalah kepentingan galakan penubuhan kampus satelit Institusi TVET China di Malaysia, manfaat kepada landskap TVET negara dan sokongan industri China dalam pembangunan TVET.

Kampus satelit institusi TVET China berpotensi membawa teknologi dan metodologi pembelajaran yang lebih maju ke Malaysia. China telah membangunkan sistem TVET yang canggih dengan pendekatan berasaskan teknologi tinggi, automasi, dan kecerdasan buatan (AI). Dengan penubuhan kampus satelit, pelajar tempatan dapat menerima latihan berkualiti tinggi selari dengan standard global. Ini adalah langkah “quick win” bagi meningkatkan kualiti TVET negara.

Lulusan institusi TVET yang mendapat latihan mengikut standard China akan lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Dengan hubungan erat antara syarikat China dan pasaran global, graduan TVET Malaysia berpeluang bekerja di syarikat multinasional China atau meneroka peluang kerjaya di luar negara, khususnya dalam sektor teknologi dan kejuruteraan.

Bukankah ini sesuatu yang memperluaskan peluang kerjaya dan mobility global?

Kehadiran institusi TVET China di Malaysia akan menarik lebih banyak pelaburan asing dalam sektor pendidikan dan latihan kemahiran.

Syarikat China yang beroperasi di Malaysia akan lebih cenderung untuk melabur dalam tenaga kerja tempatan kerana mereka boleh mendapatkan tenaga kerja yang terlatih dan bersedia untuk industri. –UTUSAN

MOHAMMAD RIZAN HASSAN Presiden Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN