Fobia tempat sempit, Julia Farhana panik terkunci dalam but - Utusan Malaysia

Fobia tempat sempit, Julia Farhana panik terkunci dalam but

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Julia Farhana mendedahkan dirinya mengalami masalah klaustrofobia yang boleh mengakibatkan dirinya diserang panik sejak tujuh lalu.

Kata Julia, dia menyedari perkara itu ketika melakonkan babak aksi dalam sebuah drama bersiri, Salon pada 2018 gara-gara terperangkap di dalam but kereta.

“Ketika itu saya perlu menjayakan watak di dalam but. Saya ingat lagi sewaktu itu saya bersama jurukamera tersekat di dalam but tersebut kerana tidak boleh dibuka.

“Saya terus rasa tidak boleh bernafas dan sambil meronta-ronta meminta pertolongan kerana panik. Rupanya, ketika itu krew tidak buka kunci but tersebut,” katanya.

Julia berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Fiziwoo’s Raya Collection – Iftar Soiree di sini, baru-baru ini.

Tambah pelakon itu, dia turut mengalami serangan yang sama selama 10 minit ketika melakonkan babak anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), turun ke dalam lubang untuk menyelamatkan nyawa.

“Apabila pakai topeng oksigen, saya mula rasa tidak selesa. Namun, saya cuba kawal perasaan. Saya tidak mahu cakap ‘tidak’ kepada pengarah.

“Sebaik terjun ke dalam lubang, saya terkena serangan panik. Saya cuba kawal pernafasan, tetapi, badan mula rasa lemah. Saya beritahu kru saya tidak okay.

“Mendengarkan itu, kru kelam-kabut cuba tarik saya keluar. Namun, persalinan keselamatan yang saya pakai tidak boleh dibuka. Jadi, saya tersekat hampir 10 minit sebelum mereka keluarkan saya,” jelasnya.

Meskipun sudah dilarang oleh pengarah untuk tidak menjayakan babak berkenaan, Julia tetap cuba mengatasi ketakutan tersebut bahkan berjaya melakukannya dengan baik.

Katanya, dia juga turut menjalani rawatan secara psikologi untuk mengatasi masalah fobia tersebut

“Rasa sedihlah sebab tidak dapat buat babak itu dengan sempurna. Mujur ada seorang anggota JPAM yang mengajar cara mengatasi trauma. Dia cakap kalau nak lawan fobia, kita kena rasai dan berdepan dengan ketakutan itu.

“Kita kena faham apa yang buat kita rasa takut itu. Saya ikut nasihat dan akhirnya saya berjaya habiskan babak itu walaupun dalam keadaan trauma,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya