Filem lakonan didakwa sendu, Ahirine Ahirudin hanya mahu kembangkan bakat - Utusan Malaysia

Filem lakonan didakwa sendu, Ahirine Ahirudin hanya mahu kembangkan bakat

Pelakon, Ahirine Ahirudin ketika ditemui di majlis Tayangan Perdana filem Raya Emas: Salako  Sacred Treasure di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, pada Isnin. GAMBAR MUHAMMAD NAIM HELMI HAFIDZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerap muncul di layar perak, pelakon, Ahirine Ahirudin akur apabila filem lakonannya dikatakan sukar mendapat sambutan yang memberangsangkan setiap kali ditayangkan.

Menurut Ahirine, penglibatannya dalam setiap naskhah sebelum ini memberikan pendedahan untuk dirinya mengembangkan bakatnya dalam industri perfileman tanah air.

“Penonton suka atau tidak bagi saya itu subjektif. Saya akan teliti skrip sebelum menerima tawaran. Saya mahu kembangkan bakat lakonan saya.

“Saya perlu terus mencuba jika saya mahu mendapatkan pengaruh itu. Jadi, saya terima apa saja cabaran yang datang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah pelakon filem Tebus itu, dia tidak gentar untuk berdepan dengan sebarang komen negatif masyarakat sebaliknya mahu terus perbaiki mutu lakonannya.

“Sebagai manusia, saya juga pernah melalui fasa putus asa itu. Tetapi saya ambil setiap kecaman itu dengan positif.

“Saya terima apa saja cacian dan makian orang ramai terhadap saya. Saya jadikan teguran itu untuk perbaiki kelemahan saya.

“Bagi saya, tanggungjawab kalau dah diberikan pada saya, saya akan cuba sebaik mungkin dan saya akan usaha sajalah sebaik mungkin,” jelasnya.

Ahirine berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Raya Emas: Salako Sacred Treasure, pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Ahirinie bakal muncul dengan filem Raya Emas Salako Sacred Treasure yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 3 April ini.

Filem yang turut dibintangi oleh Nina KSC, Winson Voon dan Dunstun Luther Junior berkisarkan tentang kasih sayang keluarga dan mitos kuno di hutan hujan Borneo.

Sebelum ini, Ahirinie juga pernah membintangi beberapa buah filem termasuk Gadis Jolobu, Tebus dan Remp-It 2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya