Fara Salleh sahkan sudah fail cerai, Shuk asyik lebihkan kawan - Utusan Malaysia

Fara Salleh sahkan sudah fail cerai, Shuk asyik lebihkan kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mengesahkan sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Segamat, Johor, Februari lalu. 

Sedang menunggu tarikh sebutan kes, Fara berkata, keputusan itu diambil kerana Shuk dilihat tidak lagi berusaha untuk menyelamatkan keadaan rumah tangga mereka. 

“Sekarang saya hanya menanti tarikh daripada pihak mahkamah.

“Saya harap Shuk dapat beri kerjasama dan besar harapan saya agar kawan-kawan dia tidak mengganggu proses perceraian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia

Mengulas mengenai punca keretakan rumah tangga, Fara yang kini hamil lima bulan mengakui tidak tahan dengan sikap Shuk yang lebih mengutamakan kawan-kawan. 

“Memang tiada usaha ditunjukkan Shuk untuk pertahankan perkahwinan ini. Sebab itu saya mahu bercerai. 

“Dia lebih pentingkan kawan-kawan berbanding saya dan bayi dalam kandungan,” katanya.

Terdahulu, Fara dan Shuk berkahwin pada November 2023. 

Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN