Enam cedera bas ekspres terbabas selepas pemandu pitam

Enam cedera bas ekspres terbabas selepas pemandu pitam

ANGGOTA bomba menyelamat mangsa dalam kemalangan yang berlaku di KM 245.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Rembau pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Enam penumpang cedera selepas bas ekspres dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Kilometer (KM) 245.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Rembau, di sini pagi tadi.

 

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Pegawai Bomba Kanan II Amer Izham Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat nahas pada pukul 6.02 pagi.

 

“Setiba di lokasi, terdapat 40 orang termasuk pemandu bas terlibat dengan nahas. Terdapat enam orang wanita mengalami kecederaan ringan dan telah diberikan rawatan awal oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan dengan bantuan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). 

 

“Daripada jumlah yang cedera, dua daripadanya telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi. 

 

Katanya, daripada siasatan awal mendapati sebelum kejadian berlaku bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur. 

 

“Dilaporkan pemandu bas ekspres terbabit mengalami pitam sebelum bas dipandu terbabas di lokasi kejadian.Operasi menyelamat berjaya dikawal pada pukul 6. 25 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya sejam kemudiannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya