Empat pelajar kemalangan di Jordan

Empat pelajar kemalangan di Jordan

DUA daripada empat pelajar Malaysia di Jordan yang cedera selepas terbabit dalam nahas jalan raya di Jordan kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mu’tah, Jordan mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di negara itu, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khaled berkata, dua daripada pelajar terbabit berasal dari Johor dan merupakan pelajar Tahun Pertama dalam bidang Fiqh Wa Usul di universiti berkenaan.

Katanya, dua lagi pelajar yang terlibat dalam insiden itu berasal dari Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Saya menerima maklumat daripada Atase Pendidikan Johor di Kedutaan Mesir bahawa empat pelajar Malaysia, termasuk dua dari Johor, mengalami kemalangan di Jordan.

“Pelajar Johor yang terbabit dalam kemalangan tersebut ialah Muhammad Zakwan Azhar Masjudin dan Muhammad Ilham Dzurllkanian@Zulkarnian,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Fared berkata, kedua-dua pelajar Johor serta seorang pelajar dari Selangor kini berada dalam keadaan stabil.

“Namun, seorang pelajar dari Wilayah Persekutuan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Jordan.

“Sama-sama kita doakan agar kesemua pelajar ini segera sembuh dan dapat meneruskan pengajian mereka seperti biasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya