ELMU, APM jalin kerjasama, taja penuh keluarga B40

ELMU, APM jalin kerjasama, taja penuh keluarga B40

Datuk Aminurrahim Mohamed dan Prof Datuk Dr. Kassim Noor Mohamed bertukar-tukar dokumen
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enforcement, Leadership and Management University (ELMU), melalui Yayasan ELMU, menawarkan tajaan penuh kepada 10 orang warga serta keluarga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daripada golongan B40 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Menurut Ketua Eksekutif dan Naib Canselor ELMU, Prof. Datuk Dr. Kassim Noor Mohamed , calon yang terpilih akan mengikuti program Pengurusan Bencana dan Penguatkuasaan Undang-Undang Antarabangsa bagi pengambilan Mac 2025 sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa.

“Kami menawarkan lima biasiswa kepada mereka yang berminat untuk mengikuti program Diploma in Disaster Management atau Diploma in International Law Enforcement.”

“Syarat kemasukan ialah minimum tiga kredit pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf,” katanya selepas majlis pelancaran Bulan Pertahanan Awam dan Wacana Nasional oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad di Institut Semarak Felda.

Pada majlis itu, Datuk Dr. Kassim turut menandatangani nota kerjasama bersama-sama Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed.
Dalam kenyataan balas, Aminurrahim menyatakan penghargaan kepada ELMU kerana ia merupakan kali pertama agensi itu menerima tawaran biasiswa dari sebuah universiti untuk kakitangan dan anggota keluarga APM.

Datuk Seri Dr. Noraini berkata, “apabila sukarelawan memahami matlamat sesuatu program dan diselaras dengan baik, maka mereka akan melaksanakan aktiviti atau khidmat sukarelawan dengan lebih teratur dan sistematik.”

Beliau berkata, sekiranya wujud perancangan strategik yang bersifat jangka panjang serta penyelarasan yang lebih sistematik, setiap inisiatif yang dilaksanakan akan menjadi lebih tersusun, berkesan, dan memberi impak yang lebih mampan kepada masyarakat.

Dalam pada itu sempena sambutabn hari ulang tahun Pertahanan Awam pada 24 Mac ini, APM turut menganjurkan Bulan Pertahanan Awam 2025 pada 10 Mac hingga 10 April dengan pelaksanaan 73 program dan aktiviti termasuk penganugerahan 73 kategori penghargaan kepada pegawai, anggota dan masyarakat yang berjasa pada peringkat daerah dan unit pertahanan awam di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya