Edar dadah 147.675 kg, warga Thailand berdepan hukuman gantung

Edar dadah 147.675 kg, warga Thailand berdepan hukuman gantung

SEORANG warga Thailand berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kangar Perlis hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 147.675 kilogram (kg) di Wang Kelian, Padang Besar, pada 19 Mac lalu.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang lelaki warga Thailand berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 147.675 kilogram (kg) syabu di Wang Kelian, Padang Besar, pada 19 Mac lalu.

Tertuduh, Muhammatliket Ammalee, 44, dari Satun, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Siam di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.

Mengikut pertuduhan, Muhammatliket bersama seorang lagi suspek yang masih bebas, Anas Saradee, didakwa mengedar syabu di laluan import Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian pada pukul 11.45 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan kerana tertuduh merupakan warga asing.

Sebutan semula kes dan serahan dokumen ditetapkan pada 20 Jun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya