Eda Ezrin tiba di Mahkamah Narathiwat

Eda Ezrin tiba di Mahkamah Narathiwat, nasib diketahui hari ini

TRAK yang membawa Eda Ezrin, suami dan empat rakan tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand untuk pendengaran keputusan hukuman.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT, THAILAND: Penyanyi lagu Bea Sobar Bea, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, atau Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan mereka  tiba di Mahkamah Narathiwat, di sini hari ini untuk mendengar keputusan perbicaraan berkaitan tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda.

Trak yang membawa enam rakyat Malaysia itu tiba di mahkamah pada pukul 9.15 pagi waktu Thailand.

Turut kelihatan ahli keluarga kepada tertuduh yang hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan selain memberi sokongan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, mahkamah menetapkan hari ini sebagai tarikh keputusan kesemua enam rakyat Malaysia termasuk Eda Ezrin berhubung tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda selepas ditahan di sebuah hotel di Golok pada 1 November tahun lalu.

Selain Eda Ezrin, suaminya (Mohd. Affendi Ahmad, 35) dan empat lagi rakan iaitu Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; Erdieka Mohd. Noor, 33, serta Zuhaira Nasrin, 26, berdepan tuduhan tersebut.

Keputusan dibuat hakim selepas mendengar keterangan semua tertuduh dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding perbi­caraan yang berlangsung tiga hari di Mahkamah Wilayan Narathiwat dari 11, 13 dan 14 Februari lalu.

Semasa perbicaraan pada 14 Januari lepas, mereka tidak mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda di sebuah hotel di Golok selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan sendiri oleh Hakim, Yuan Khao Kham.

Bagaimanapun, Eda Ezrin, suami dan empat lagi rakan me­ngaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah.

Selain itu, Erdieka dan Zuhaira turut mengaku bersalah atas dua pertuduhan memasuki Thailand secara haram dan tiada dokumen perjalanan atau pasport sah untuk berada di negara berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya