Eda Ezrin kembali ke penjara, tunggu tindakan pendakwaan

Eda Ezrin kembali ke penjara, tunggu tindakan pendakwaan

TRAK yang membawa Eda Ezrin, suaminya dan empat rakan mereka semasa tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand untuk pendengaran keputusan hukuman.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT, THAILAND: Penyanyi lagu Bea Sobar Bea, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, atau Eda Ezrin, suaminya dan empat rakan yang dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda oleh Mahkamah Narathiwat di sini, perlu kembali semula ke penjara.

Kesemua mereka perlu kembali ke Penjara Wilayah Narathiwat bagi membolehkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dalam tempoh sebulan.

Sekiranya, tiada rayuan Eda Ezrin, suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, akan dibenarkan pulang.

Media sebelum ini melaporkan, Eda Ezrin, suami dan empat rakannya didakwa atas dua pertuduhan mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda di Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini pada 14 Januari lalu.

Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah, namun tidak mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat sini.

Semasa prosiding perbicaraan pada 14 Februari lalu, Eda Ezrin memberi keterangan dengan bantuan jurubahasa bahawa terdapat empat individu dikenali sebagai Nabila, Mek Jue, Mek Da dan Sirik masuk ke dalam biliknya sebelum polis melakukan serbuan.

Terdahulu pada 1 November lalu, Eda Ezrin, suami dan empat di tahan di sebuah bilik dekat hotel di Sungai Golok bersama 6,000 biji pil kuda.

Mah­kamah Wilayah Narathiwat kemudian memerintahkan tahanan reman sehingga tiga bulan atau 84 hari ke atas Eda, Mohd. Affendi, Eridieka, Mohamad Alif, Nur Aida, dan Zuhaira.

Mahkamah Wilayah Narathiwat  hari ini melepas dan membebaskan mereka daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November tahun lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya