Eda Ezrin harap tidak sedia  ke penjara

Eda Ezrin tidak sedia  ke penjara

EDA EZRIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT, THAILAND: Penyanyi, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, atau Eda Ezrin harap dibebaskan daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda yang akan diputuskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini, esok.

Eda Ezrin berkata, pada masa sama dia tidak bersedia untuk ke penjara jika didapati bersalah.

“Berdasarkan kepada sesi perbicaraan lalu, saya yakin akan dibebaskan. Seandainya keputusan tidak berpihak, saya belum bersedia (ke penjara),” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Penjara Wilayah Narathiwat, baru-baru ini.

Mah­kamah Wilayah Narathiwat menetapkan keputusan kes dadah melibatkan penyanyi lagu Bea Sobar Bea itu dan suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, serta empat lagi rakannya pada 6 Mac ini.

Keputusan itu dibuat hakim selepas mendengar keterangan semua tertuduh dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding perbi­caraan yang berlangsung tiga hari iaitu pada 11, 13 dan 14 Februari lalu.

Sebelum ini, Eda Ezrin dan suaminya serta empat lagi rakan mereka iaitu Erdieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33 dan Zuhaira Nasrin, 26, mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah.

Bagaimanapun mereka tidak mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat sini.

Sementara itu, Erdieka dan Zuhaira mengaku bersalah atas dua pertuduhan memasuki Thailand secara haram dan tiada dokumen perjalanan atau pasport sah untuk berada di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya