Duta Besar AS jumpa Perdana Menteri, petang ini

Duta Besar AS jumpa Perdana Menteri, petang ini 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hubungan dan kerjasama yang terjalin antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) meliputi pelbagai bidang merupakan topik yang bakal menjadi perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Duta Besar AS di Malaysia, Edgard D Kagan.

Anwar dan Kagan juga dijangka membincangkan soal Kepengerusian ASEAN 2025 terutamanya Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS

Perdana Menteri dijadualkan menerima kunjungan hormat Kagan, petang ini.  

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan, butiran penuh mengenai hasil pertemuan itu akan dikongsikan kemudian.

Maklumat mengenai pertemuan itu dikongsikan Tunku Nashrul ketika Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya