Dulu hendak masukkan garam pun menggeletar – Elisya Sandha - Utusan Malaysia

Dulu hendak masukkan garam pun menggeletar – Elisya Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NETIZEN sebelum ini tertarik melihat kemesraan pelakon, pengarah dan produser, Sheila Rusly melayan menantunya pelakon, Elisya Sandha ibarat menatang minyak yang penuh. 

Gara-gara rakaman itu, Sheila disifatkan sebagai ibu mentua yang diibaratkan turun dari syurga dan Elisya pula dianggap menantu paling bertuah di muka bumi ini. Namun hakikatnya bukan mudah ‘menjinakkan’ seorang Sheila Rusly yang terkenal dengan sikap perfectionistnya itu. 

Apatah lagi apabila membabitkan tentang masakan. Adakah menantu pilihan Sheila perlu mahir dalam bidang masakan? Benarkah begitu Elisya? Jawablah…

Netizen kagum apabila Elisya berjaya menambat hati ibu mertua yang diketahui umum mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi soal masakan. Pernah gementar jika masakan gagal menepati cita rasa beliau? 

Sebenarnya, kemahiran memasak ini saya dapat selepas ‘berguru’ dengan mak mertua saya. Malah sebelum berkahwin lagi, saya sudah ‘menuntut’ dengan dia. Masa mula-mula bergelar isteri, perasaan nervous itu memang ada. Dulu saya hendak masukkan garam pun menggeletar. Dalam video memang nampak saya ini yakin. Bukan apa. Risau juga masakan kita terlebih atau terkurang masin. Tapi biasalah, ada hari masakan kita okey, ada masanya, tidak. Apa pun, lama kelamaan, teknik masakan saya semakin baik. Alhamdulillah.

Wujud juga netizen yang skeptikal, adakah Sheila benar-benar mendapati masakan Elisya lazat setiap masa? 

Mak mertua saya ini jujur orangnya. Kalau katanya masakan itu sedap, maka sedaplah. Kalau tidak, maka tidaklah. Pernah juga dia tegur masakan saya masin. Tidak menjadi hal pun, tambah sahajalah air pada masakan itu maka kuranglah masinnya. Cuma saya mahu katakan di sini, tiada istilah kepura-puraan apabila mak mertua menilai masakan saya. Saya hargai sebab saya juga masih memperbaiki kelemahan.

Ada yang menggambarkan mak mertua anda bagai turun dari syurga atas layanan baiknya kepada menantu? 

Saya tidak menolak kalau ada yang katakan mak mertua saya dari syurga, dia memang mak mertua yang sangat baik.

Boleh Elisya kongsikan tips untuk mewujudkan hubungan harmoni antara menantu dengan mertua? 

Hormat menghormati satu sama lain. Itu resipinya. Saya hormat dia sebagai mertua dan sebaliknya. Sebolehnya, jagalah hati satu sama lain. Itu sahaja amalannya. Tak seronoklah kalau kita guris perasaan mak mertua kita. Begitu juga sebaliknya. Saya dan mak mertua saya sebolehnya akan cuba jaga hati sesama kami. Buat masing-masing gembira. Contoh, saya buat perkara simple sahaja untuk bahagiakan mak mentua iaitu masak juadah berbukanya. Itu sudah cukup menimbulkan kasih sayang antara kami.

Apa pula aktiviti Elisya sepanjang Ramadan ini? 

Memandangkan saya sedang berbadan dua, tahun ini saya memang tetapkan mahu lebih banyak berada di rumah. Berbeza dengan tahun sebelum ini dimana saya bekerja di bulan puasa. Tahun ini lebih seronok kerana tumpuan saya lebih banyak untuk keluarga. Malah menu berbuka sepanjang Ramadan juga sudah dirancang lebih awal. 

Bagaimana pula dengan jantina bayi? Sudah bersedia untuk kongsikan khabar gembira ini dengan peminat? 

Buat masa ini, saya dan suami merahsiakan jantina bayi kami. Hanya kami berdua sahaja tahu mengenainya. Insya-Allah selepas Hari Raya Aidil tri kami akan kongsikan kepada umum. Ibu bapa kami pun tidak tahu jantina bayi kami. Kami memang rancang untuk rahsiakan dahulu. Walaupun ibu mertua saya cuba mengorek maklumat. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya