Dua termasuk penuntut kolej vokasional maut kemalangan

Dua termasuk penuntut kolej vokasional maut kemalangan

DUA orang termasuk penuntut Kolej Vokasional Kota Tinggi maut dalam kemalangan melibat dua kereta di Batu 4, Jalan Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Dua maut, termasuk seorang penuntut Kolej Vokasional Kota Tinggi dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Batu 4, Jalan Kota Tinggi, di sini pagi tadi.

Penuntut berkenaan, Nurasyraf Afif Abdul Ghafar, 20, yang memandu kereta Perodua Kancil meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa yang maut merupakan penumpang kereta Nissan Almera, Zainab Abdullah, 68 yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar cucunya ke kolej vokasional berkenaan manakala suaminya, Abas Mokhtar, 7, yang memandu kereta berkenaan mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Shawaluddin Ami Nordin berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada pukul 8.02 pagi dan menghantar dua buah jentera dengan lapan anggota ke tempat kejadian.

“Kemalangan melibatkan dua buah kereta, iaitu Nissan Almera dinaiki pasangan suami isteri berusia 71 dan 68 tahun dengan Perodua Kancil yang dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun.

“Pemandu Nissan Almera telah dikeluarkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi menaiki ambulans APM, manakala seorang mangsa wanita dewasa dipercayai telah meninggal dunia. Pemandu Perodua Kancil juga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Kedua-dua mangsa yang maut  diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya