Dua sekawan mengaku bersalah merompak

Dua sekawan mengaku bersalah merompak

DUA  tertuduh kes rompak diiringi polis semasa hadir untuk prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan.- UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua sekawan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan rompakan ke atas dua lelaki termasuk seorang warga Pakistan di lokasi berasingan di Bachok, dekat sini hujung Januari lalu dan pada 2016.

Mohamad Alif Ahmad, 30, dan Mohd. Hasimi Mohamud, 43, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulkifli Abllah selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh dituduh melakukan rompakan sehingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 49 tahun di Kampung Padang Lati, Bachok kira-kira pukul 12.30 tengah malam,  30 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dua lelaki itu didakwa melakukan rompakan berkumpulan menggunakan sebilah parang dan pisau terhadap lelaki warga Pakistan di sebuah kedai runcit di Bukit Marak, Padang Lati, Bachok kira-kira pukul 1.30 pagi pada 30 Januari 2016.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Mahkamah menetapkan 9 April ini untuk serahan fakta kes dan prosiding jatuh hukum. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya