Dua remaja 18 tahun maut, tiga parah kereta terbabas - Utusan Malaysia

Dua remaja 18 tahun maut, tiga parah kereta terbabas

NAHAS meragut nyawa dua remaja lelaki dalam kejadian di Jalan Tanjung Bendahara, Alor Mengkudu di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Dua remaja lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas Perodua Myvi dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jalan di Jalan Tanjung Bendahara, Alor Mengkudu di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, kesemua mangsa berusia 18 tahun dan dipercayai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, bomba menerima panggilan pada pukul 10.28 malam sebelum sepasukan anggota dari BBP Jalan Raja tiba di lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki lima remaja lelaki dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar penghadang jalan,” katanya di sini, hari ini.

Ujar Wan Azizul Hakim, dua mangsa terbabit disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian, manakala tiga lagi dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan menaiki EMRS Bomba dan ambulans KKM.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan kerja-kerja pembersihan telah dilakukan di kawasan kemalangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya