Dua rakyat Malaysia dicekup polis Thailand cuba seludup pil kuda

Dua rakyat Malaysia dicekup polis Thailand cuba seludup pil kuda

DUA rakyat Malaysia ditahan Polis Thailand selepas cuba menyeludup pil kuda kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Thailand menggagalkan cubaan dua rakyat Malaysia menyeludup sebanyak 6,000 biji pil kuda dengan membawa sepucuk pistol dan peluru sebagai senjata api untuk mempertahan diri dalam serbuan di Sungai Golok, Thailand kelmarin.

Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 19 tahun dan 23 ahun ditahan di daerah Charoen, Sungai Golok, kira-kira pukul 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jadsadavit Inprapan berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas kereta dinaiki suspek menjumpai 6,000 biji pil kuda.

Katanya, sepucuk pistol jenis Baretta, satu magazine dan lapan butir peluru bersaiz sembilan milimeter turut ditemukan hasil pemeriksaan itu.

“Siasatan awal mendapati, mereka memiliki lebih daripada satu biji pil kuda dan dipercayai terlibat dengan kegiatan sindiket pengedaran dadah.

“Suspek yang pertama didapati memiliki senjata api dan peluru dalam milikan tanpa kebenaran. Suspek turut dipercayai masuk ke Thailand secara haram tanpa melalui pusat pemeriksaan, zon, stesen atau imigresen seperti yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jadsadavit memberitahu, suspek kedua dipercayai masuk ke Thailand tanpa kebenaran.

Katanya, dia turut didapati memiliki semua dadah tersebut secara haram.

“Siasatan mendapati, kesemua dadah itu dipercayai akan diseludup masuk ke Malaysia. Kedua-dua suspek telah ditahan untuk membantu siasatan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya