Dua rakan kekal bebas tuduhan tipu lebih RM1 juta

Dua rakan kekal bebas tuduhan tipu lebih RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua rakan kekal bebas daripada pertuduhan menipu dua lelaki berhubung pengedaran 180,000 kotak sarung tangan getah membabitkan kerugian lebih RM1 juta, empat tahun lalu.

Perkara itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Khalijah Mohd. Khalid memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihak pendakwaan menarik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen membebaskan kedua-dua individu itu, Wan Ahmad Farhaan Wan Kia Salleh Nor, 33, dan Mohd Fami Sharin, 51.

Peguam bela, Haresh Mahadevan yang mewakili kedua-dua lelaki itu tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap penarikan balik rayuan itu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin kemudian membenarkan rayuan tersebut untuk dibatalkan.

Pada 6 Februari 2024, Mahkamah Sesyen di sini telah melepas dan membebaskan Wan Ahmad Farhaan dan Mohd Fami atas tuduhan menipu dua lelaki berhubung pengedaran 180,000 kotak sarung tangan getah membabitkan kerugian lebih RM1 juta.

Keputusan itu dibuat Hakim Mohd Kafli Che Ali selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes yang dikemukakan terhadap kedua tertuduh di akhir pendakwaan kes.

Sebelum ini, kedua-dua lelaki itu didakwa menipu Mohamad Faiz Yaacob dan Saleh Nabil Salah Mahmoud Abdalkader Alarabi yang mewakili syarikat Yummylooks Sdn. Bhd. bahawa kedua-dua rakan itu akan mengedarkan 180,000 kotak sarung tangan.

Ini telah mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM1,001,650 ke akaun bank atas nama Syarikat Tuntas Abadi Sdn Bhd milik Wan Ahmad Farhaan yang didakwa dilakukan pada 17 Mac 2021, di sebuah premis di Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh didenda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya