Dua polis ditangkap berhibur positif dadah

Dua polis ditangkap berhibur positif dadah

ANTARA 55 individu yang ditahan dalam serbuan JIPS Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew, di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis antara 55 individu yang ditahan dalam serbuan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew, di sini semalam.

Serbuan yang dijalankan hasil risikan dan maklumat bermula pada pukul 4 petang itu mendapati kedua-dua anggota polis, masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita, positif dadah jenis Eramin 5 dan ketamin.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, dalam operasi berkenaan, empat warga asing turut ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati 49 individu termasuk dua penjawat awam berkenaan positif dadah membabitkan 25 lelaki dan 17 wanita.

“Sembilan lagi yang ditahan didapati negatif dadah dan kesemua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta Hiburan 1992, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963 dan Peraturan 25(1)(n) PPN 1990.

“Kes tersebut juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1953 serta Seksyen 12(2) akta yang sama.

“Kertas siasatan tatatertib turut dibuka terhadap kedua-dua penjawat awam berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya