Dua penunggang motosikal dirempuh kereta langgar lampu isyarat merah

Dua penunggang motosikal cedera dirempuh kereta langgar lampu isyarat merah

DUA motosikal dirempuh sebuah kereta yang dikatakan melanggar lampu merah dalam nahas di Jalan Felda Sendayan, Seremban, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Satu lagi kemalangan berpunca daripada tindakan melanggar lampu isyarat merah berlaku dalam kali ini di Jalan Felda Sendayan, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, ia turut dirakam kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta dan tular di media sosial yang memaparkan sebuah kereta berwarna kuning merempuh dua penunggang motosikal. 

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, sebuah video berdurasi 45 saat telah tular di satu akaun Facebook sejak semalam menunjukkan rakaman kejadian kemalangan. 

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berumur 38 tahun, motosikal jenis Honda Dash yang ditunggang seorang wanita umur 21 tahun dan motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggang seorang lelaki berumur 52 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati, ketika kejadian pemandu kereta dalam perjalanan dari arah Bandar Sri Sendayan, menghala ke Nilai manakala kedua-dua penunggang motosikal dari arah Gadong ke Sendayan,” katanya, hari ini. 

Jelas Abdul Malik, apabila tiba di lokasi kemalangan, kereta dipercayai gagal berhenti di lampu isyarat berwarna merah manakala lampu isyarat di bahagian penunggang motosikal berwarna hijau.

“Akibat kemalangan itu, penunggang Honda Dash mengalami kecederaan parah manakala penunggang Yamaha LC mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk mendapatkan rawatan. 

“Pemandu kereta tidak mengalami kecederaan. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya