Dua pemilik syarikat direman rasuah percepat permohonan taraf warganegara

Dua pemilik syarikat direman rasuah percepat permohonan taraf warganegara

DUA pemilik syarikat dan seorang kerani ditahan reman SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua pemilik syarikat dan seorang kerani ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket merasuah pegawai jabatan kerajaan bagi mempercepatkan permohonan mendapatkan taraf warganegara Malaysia oleh pemohon warga asing.

Perintah reman selama lima hari sehingga 20 Mac depan dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Qasiratul Jannah Usmani Othman.

Ia dikeluarkan terhadap kerani lelaki berusia lingkungan 20-an selepas permohonan dibuat SPRM semalam.

Manakala kedua-dua suspek lelaki berjawatan pengarah syarikat berusia lingkungan 30-an direman selama empat hari sehingga 20 Mac depan selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM pagi tadi.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek ditahan antara pukul 1 pagi hingga 1.30 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

“Tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek menerusi Op Fastlane ini adalah susulan Op Outlander yang dijalankan pada 11 Mac lalu melibatkan sindiket merasuah pegawai jabatan kerajaan bagi mempercepat proses permohonan taraf kewarganegaraan.

“Mereka dipercayai membayar rasuah antara RM5,000 hingga mencecah RM150,000 bagi satu permohonan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Idris Zaharuddin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya