Dua lelaki Myanmar dituduh seludup migran

Dua lelaki Myanmar dituduh seludup migran

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua lelaki warga Myanmar dan seorang operator kenderaan warga tempatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas kesalahan masing-masing menyeludup migran senegara dan mengangkut migran negara tersebut, awal bulan ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.

Tertuduh iaitu dua rakan, Lwin Ko Ko, 42, dan rakannya, Min Zaw, 41, bagi mencapai niat bersama telah menjalankan penyeludupan migran warganegara Myanmar iaitu seramai sebelas 11 orang yang didakwa dilakukan di tepi jalan besar di Persiaran Lavender Height, kira-kira pukul 10.55 pagi, 5  Mac lalu.

Oleh itu, kedua-duanya berdepan tuduhan di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, seorang lelaki warga tempatan, S.Murugan, 52, didakwa di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, kerana sebagai operator pengangkutan van telah terlibat dalam pengangkutan tujuh migran warganegara Myanmar yang diseludup.

Murugan yang diwakili peguam Datuk Mandave Singh Gill didakwa melakukan kesalahan tersebut di kira-kira pukul 10.30 pagi pada 5 Mac lalu di tepi Jalan Nusa Intan, Paroi.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi kemudiannya memohon satu tarikh sebutan semula kes bagi tujuan rakaman reposisi dan tiada jaminan ditawarkan buat kesemua tertuduh.

Surita kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 24 April ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya