Dua individu rugi RM86,700 tawaran tender kerajaan palsu

Dua individu rugi RM86,700 tawaran tender kerajaan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua individu kerugian sebanyak RM86,700 akibat terpedaya dengan sindiket tawaran tender jabatan kerajaan yang palsu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kes pertama melibatkan seorang pengarah syarikat berusia 55 tahun yang dihubungi seorang individu kononnya wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Putrajaya pada 6 Mac lalu.

“Mangsa ditawarkan untuk kerja-kerja membekal power station ke JKM Besut pada 11 Mac lalu dan diarahkan membuat dua transaksi berjumlah RM72,300 atas alasan pembelian awal. Setelah membuat pemindahan wang ke akaun yang diarahkan, mangsa mula  curiga dan membuat semakan san mendapati tawaran tender berkenaan tidak wujud,” katanya hari ini.

Selain itu, kes kedua pula melibatkan seorang akauntan berumur 43 tahun yang dihubungi seorang individu kononnya pegawai tentera yang dikenali sebagai Mejar Zamri pada 11 Mac lalu dan ditawarkan tender membekal 80 kotak kurma untuk majlis berbuka puasa yang akan diadakan hari ini.

Azli berkata, mangsa yang terpedaya membuat transaksi sebanyak RM14,400 ke akaun bank seperti diarahkan sindiket tersebut namun membuat semakan dengan jabatan kerajaan itu dan mendapati ia adalah tawaran tender palsu.

Selain itu, dalam satu kes yang lain, seorang pengurus hotel kerugian sebanyak RM60,000 selepas ditipu kenalan yang menjalankan urusan jual beli tanah.

Azli berkata, mangsa seorang lelaki berusia 66 tahun telah menyerahkan 10 keping geran kepada rakannya yang dikenali sebagai Aimi untuk tujuan gadaian bagi tempoh tiga bulan pada 17 Oktober tahun lalu.

Menurutnya, berdasarkan perjanjian itu, mangsa yang berasal dari Selangor akan menerima pembayaran sebanyak RM250,000 bagi 10 lot tanah yang digadaikan.

“Namun, sehingga kini mangsa hanya menerima wang sebanyak RM30,000 menyebabkan dia curiga dan telah membuat semakan dengan pejabat tanah Besut. Mangsa dimaklumkan bahawa dua lot tanah kepunyaannya yang bernilai RM60,000 telah ditukar milik kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan serta kebenarannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya