Dua ekor tapir berkeliaran dalam taman perumahan

Dua ekor tapir berkeliaran dalam taman perumahan

TANGKAP layar kemunculan dua ekor tapir yang berkeliaran di sebuah taman perumahan di daerah ini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan belum menerima sebarang aduan berhubung kemunculan dua ekor tapir yang berkeliaran di sebuah taman perumahan di daerah ini, malam semalam.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, bagaimanapun pemantauan serta siasatan akan dilakukan oleh pihaknya bagi memastikan kejadian tersebut.

“Orang ramai diminta segera melaporkan kepada Perhilitan sekiranya melihat kemunculan hidupan liar itu untuk tindakan segera dan tidak memuat naik video berkaitan haiwan itu di media sosial.

“Jika aduan dilakukan kepada Perhilitan, kita akan melakukan operasi untuk menangkap hidupan liar itu dan mengembalikannya ke habitat asal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 19 saat di media sosial Facebook komuniti setempat dan juga whatsApp yang memaparkan dua ekor tapir berkeliaran di tengah jalan yang didakwa berlaku di sekitar Taman Mawar Ehsan Pedas.

Rata-rata netizen meluahkan kerisauan terhadap hidupan liar tersebut yang tersesat serta tercari-cari habitat asal mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN