Draf Rancangan Struktur Selangor 2035: Suee Lim tarik diri pengerusi sesi pendengaran

Draf Rancangan Struktur Selangor 2035: Suee Lim tarik diri pengerusi sesi pendengaran

NG SUEE Lim menyerahkan sumbangan kepada penerima pada program itu di Dewan Seri Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor hari ini. UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Datuk Ng Suee Lim menarik diri daripada mempengerusikan sesi pendengaran Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 bagi menghormati bantahan dikemukakan Jaringan Rawang Tolak Insinerator (JRTI).

Menurut Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri itu, keputusan berkenaan susulan kebimbangan mengenai peranan beliau sebagai Pengerusi KDEB Waste Management (KDEBWM) selaku syarikat yang bakal melaksanakan projek Loji Pemprosesan Sisa Pepejal kepada Tenaga (WTE) di Batu Arang.

“Mereka (JRTI) sekian lama membantah cadangan pembinaan WTE dan menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kemungkinan wujud konflik kepentingan.

“Jika mereka rasa ada konflik kepentingan, saya sendiri tarik diri sebagai pengerusi bagi memastikan proses itu telus dan tiada prasangka,” katanya selepas menyerahkan sumbangan kepada mangsa ribut di Dewan Seri Sekinchan di sini, hari ini.

Pada 10 Februari lalu, JRTI mencadangkan supaya Suee Lim tidak mempengerusikan sesi pendengaran draf berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini memaklumkan bahawa kerajaan negeri belum memperoleh Kebenaran Merancang (KM) bagi pembangunan insinerator berkenaan.

Beliau menegaskan perancangan projek itu perlu dilakukan secara teliti bagi memastikan situasi menang-menang kepada semua pihak.

Mengulas lanjut, kata Suee Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, keputusan beliau itu bagi memastikan sesi pendengaran berjalan secara telus dan adil.

“Saya batalkan sesi hari itu dan bersetuju supaya ia dipengerusikan oleh pihak lain bagi mengelak sebarang konflik kepentingan.

“Sesi pendengaran akan diteruskan dengan dipengerusikan oleh Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah seperti yang termaktub dalam Akta 171 (Akta Perancangan Bandar dan Desa),” katanya.

Tambah beliau, sesi pendengaran semula itu dijangka berlangsung selepas sambutan Aidilfitri nanti.

“Kerajaan negeri sentiasa mengutamakan keterbukaan dan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk NGO dan komuniti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya