Dr. Rushdi tolak dakwaan isteri pertama - Utusan Malaysia

Dr. Rushdi tolak dakwaan isteri pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin, Dr. Rushdi Ramli menyifatkan kenyataan yang dibuat isteri pertamanya, Rose Aliza Sutrisno, sebelum ini sebagai fitnah.

Rushdi dalam kenyataan menegaskan dakwaan Rose yang menyatakan perceraian dengan Nora sebagai kehendaknya adalah tidak benar.

“Pada awal saya tidak ingin membuat kenyataan lanjut mengenai isu ini. Namun demi menyatakan kebenaran dan membersihkan nama, saya menafikan sepenuhnya kenyataan dibuat oleh Rose.

“Kenyataan berkenaan tidak benar dan mendatangkan fitnah kepada saya sebagai suami dan Nora sebagai isteri kedua.

“Hakikatnya wujud desakan dan suruhan daripada pihaknya (Rose) sehingga saya menceraikan Nora, namun kemudiannya saya rujuk semula.

“Saya ingin menyatakan terdapat bukti wujudnya desakan dan suruhan daripada pihak ketiga untuk saya menceraikan Nora,” kongsinya.

Rushdi dalam masa yang sama berkata kekecewaan Rose yang dimadukan tanpa pengetahuan bukan tiket untuk dia memaksa suaminya menceraikan Nora.

“Saya harap kemelut isteri-isteri saya dapat diselesaikan secara harmoni demi bulan Ramadan yang mulia ini. Saya amat sayangkan kedua-dua isteri dan keluarga saya.

“Sesungguhnya saya amat menghargai segala kebaikan dan pengorbanan isteri pertama sepanjang hidup bersamanya, selain saya juga menghargai kebaikan isteri kedua.

“Saya amat berharap isteri-isteri saya dapat melayari bahtera dan meniti kehidupan bersama dengan sakinah, mawaddah warahmah hingga ke jannah-Nya,” kongsinya.

Rose dalam perkongsian di Facebook pada 19 Mac lepas menafikan dia dan anaknya menjadi punca perceraian suaminya dengan Nora sebelum ini.

Dakwa Rose, keputusan perceraian itu dibuat atas pertimbangan suaminya dan bukan desakan pihaknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya