Doktor tidak senonoh: JKNPP tunggu siasatan polis selesai sebelum buat keputusan

Doktor tidak senonoh: JKNPP tunggu siasatan polis selesai sebelum buat keputusan

FAZILAH Shaik Allaudin (dua dari kiri) bersama Daniel Gooi Zi Sen pada program Jelajah Mesra Bazar Ramadan di Batu Kawan, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN : Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) akan menunggu hasil siasatan polis berhubung kes seorang doktor pakar yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakitnya sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Pengarah JKNPP, Datuk Dr. Fazilah Shaik Allaudin berkata, buat masa ini, pihaknya masih belum mendapat sebarang pemberitahuan mengenai perkembangan kes tersebut.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada polis andai diperlukan untuk membantu siasatan selepas ini.

“Setakat ini, saya belum menerima apa-apa makluman (sama ada doktor terbabit dibebaskan atau masih direman). Mungkin juga dibebaskan hari ini. Saya masih belum diberitahu (oleh polis),” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada program Jelajah Mesra Bazar Ramadan bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen.

Media sebelum ini melaporkan bahawa doktor pakar forensik itu ditahan buat kali pertama pada 26 Februari lalu atas dakwaan berkelakuan tidak senonoh di tempat kerja, namun, dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman.

Bagaimanapun, suspek ditahan semula Khamis lalu selepas disyaki melakukan kesalahan sama terhadap seorang pesakit wanita warga tempatan di sebuah klinik swasta di Pulau Tikus, tahun lalu sebelum dibebaskan sebaik sahaja tempoh reman terhadapnya tamat, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Mohammad bagaimanapun mengesahkan bahawa doktor berkenaan ditahan semula buat kali ketiga selepas disyaki ber­kelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita, Jumaat lalu.

Menurut Abdul Rozak, suspek berusia 43 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut semalam dan akan dibebaskan dengan jaminan polis setelah siasatan selesai.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya